Wednesday, November 12, 2008

Mini projek untuk subjek PLC (programable logic control)




Dah lama aku rasa aku tak post blog sebab aku takda idea. Di sebabkan aku dah lama tak post blog, so aku nak cerita skit la tentang mini projek aku. Semester ni aku kena ambil subjek PLC, subjek ni ada mini projek, satu projek kena bbuat dalam 4 orang 1 kumpulan. Nak tengok tak hasil mini projek kitorang???
Nampak je buruk,tapi berfungsi tu,hihihi, projek kitorang tentang automatik door, jadi kalau korang tengok kat gambar di atas, mentol tu menunjukkan pintu kitorang terbuka atau pun tak. Sensor kitorang pasang kat...cuba korang tgk kat lubang tengah2 tu,ada benda warna biru,ha...kat situ la sensor. Lubang tu korang bayangkan sebagai pintu masuk kat KLIA dan sensor dipasang dekat area pintu/sliding door. Sama cm projek kitorang ni, kalau pintu masuk kat KLIA tu korang boleh lalu, tapi kat benda yang kitorang buat kat atas ni korang tak boleh lalu la,sbb kecik,nama pun mini projek kan...kalau tangan korang,boleh. Untuk pastikan projek ni berjaya, kitorang kena fix kompenen2 seperti resistor, pot dan yang seangkatan dengannya kat breadboard. Breadboard plak di sambung ke PLC dan model projek kitorg(seperti dalam gambar di atas) pula disambung dengan breadboard. Kemudian kena buat ladder diagram kat satu software yang aku dah terlupa namanya. Software ni gunanya nak download ladder diagram yang kita dah buat ke PLC dan nanti mentol akan menyala bila sensor kesan ppergerakan . Bila ada pergerakan mentol akan menyala dan itu menandakan yang pintu akan terbuka. Kepada pembaca2 blog ni,tolong la komen skit ek,apa2 pun aku tak kisah. Korang komen la skil aku mengarang ni,atau ape2 je la yang korang rasa nak komen, aku terima dengan hati terbuka.
Jadi, aku ucapkan selamat membaca, kalau boring baca blog aku,maaf ek, sila tinggalkan komen dan aku akan baiki kelemahan aku mengarang.
-muhamad shafwan-